fbpx
Gambar hiasan.

Pelajar universiti swasta ditemui maut dalam bilik asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang pelajar universiti swasta ditemui maut di bilik asramanya selepas dilaporkan mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 6.20 pagi.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki warganegara China berusia 20 tahun yang merupakan pelajar di salah sebuah universiti swasta di Sepang.

“Mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan kemudian tidak sedarkan diri di dalam bilik asrama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Norhizam berkata, siasatan awal yang dijalankan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui atau foul play membabitkan kematian mangsa dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI