fbpx
Mohamad meletakkan kad pada sebuah platform gimik perasmian FAMA Fest 2025 @ Selangor di Bukit Tinggi, Klang, hari ini-FOTO/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

FAMA Fest 2025 @ Selangor berjaya kutip nilai jualan lebih RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG- FAMA Fest 2025 @ Selangor yang berlangsung selama dua hari berjaya mencatatkan nilai transaksi jualan lebih RM800,000 melebihi sasaran yang ditetapkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, transaksi tersebut berjaya diperoleh hasil sambutan mengalakkan daripada kira-kira 40,000 pengunjung yang hadir dalam festival itu yang berakhir pada hari ini.

“Lebih 50 usahawan menjual pelbagai produk terlibat pada festival yang berlangsung di Selangor.

“Perolehan transaksi hari ini membuktikan rakyat Malaysia semakin menghargai hasil pertanian tempatan. Jadi, kita perlu lipat gandakan usaha supaya hasil jualan petani serta usahawan yang sertai festival turut meningkat pada FAMA Fest 2025 di dua lokasi lagi,” katanya pada majlis perasmian festival itu di sini, hari ini.

Menurutnya, FAMA menyasarkan nilai jualan berjumlah RM5.3 juta sepanjang berlangsungnya FAMA Fest 2025, dengan festival itu sudah dijalankan di empat lokasi.

Kata Mohamad Sabu, penganjuran festival berkenaan merupakan manifestasi kerajaan bagi memajukan sektor pertanian, yang merupakan salah sektor penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

“Lebih 30 tan buah-buah serta sayur-sayuran tempatan yang dijual dalam festival di Selangor ini seperti durian, jambu lohan, nanas MD2 dan lain-lain lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI