fbpx
LIVERPOOL menjalani latihan sebelum turun menentang Milan untuk aksi pramusim di Hong Kong malam ini. - LIVERPOOL FC

Liverpool intai lebih banyak kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONG KONG – Pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberch menaruh sepenuh kepercayaan pasukan itu akan meraih lebih banyak kejuaraan menjelang saingan musim baharu yang bakal bermula bulan depan.

Menerusi kemasukan ramai muka baharu pada jendela perpindahan kali ini, pemain Belanda itu berharap The Reds dapat menampilkan aksi lebih baik meskipun sedar pasukan lain juga sedang memperkasakan pasukan.

Justeru, dia dan rakan sepasukan sedia memanfaatkan peluang untuk memperbaiki prestasi, terutamanya menjelang aksi pramusim menentang AC Milan yang akan berlangsung di Stadium Kai Tak Sports Park, Hong Kong malam ini.

“Sasaran saya untuk menampilkan aksi lebih baik berbanding musim lalu. Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan selain membuktikan kemampuan dimiliki dalam setiap perlawanan.

“Saya gembira kerana semua pemain ada bersama pasukan pada pramusim kali ini, berbeza dengan musim lalu. Sekarang kami boleh membentuk pasukan dan mengharungi aksi pramusim dengan baik,” katanya.

Tambahnya, dia sangat gembira untuk menyambut kehadiran pemain-pemain baharu seperti Florian Wirtz dan Jeremie Frimpong dalam pasukan kerana mereka memiliki hubungan cukup baik selain mampu menambah sengat The Reds.

“Saya sudah lama mengenali Jeremie (Frimpong) dan sentiasa berhubung, jadi saya gembira dia di sini. Florian (Wirtz) sudah menunjukkan kualiti cukup baik dalam latihan dan saya tidak sabar untuk bermain dengannya,” ujar Gravenberch. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI