KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman mengikut undang-undang, namun mendakwa kerajaan cuba menggagalkan usaha tersebut.
Menurut beliau, walaupun rakyat mematuhi segala peraturan dan perundangan dalam mengadakan perhimpunan, terdapat tindakan-tindakan tertentu yang cuba menghalangnya, sedangkan undang-undang tidak melarang perhimpunan aman.
“Kita ikut undang-undang, tapi bila nak berhimpun secara aman, ada pula pihak yang cuba gagalkan,” katanya ketika berucap di Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka di sini semalam.
Dr. Mahathir turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang menurutnya membuat tuduhan terhadap beliau tanpa melalui proses mahkamah.
“Kalau saya salah kerana tidak menjaga Pulau Batu Puteh, bawalah ke mahkamah. Biar hakim tentukan.
“Kalau rakyat buat salah, polis akan soal siasat. Tapi kalau Perdana Menteri yang buat salah, kenapa tidak disiasat juga?” katanya. – KOSMO! ONLINE