fbpx
Tangkap layar gelagat sekumpulan lelaki yang sanggup berhujan gara-gara cabaran dibuat mereka di sebuah kedai makan.

[VIDEO] Biar basah asalkan tak kena bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara satu cabaran bersahaja, sekumpulan lelaki tular di media sosial selepas sanggup berhujan lebat semata-mata untuk mengelakkan diri daripada membayar makanan yang mereka pesan.

Dalam sebuah video berdurasi 51 saat yang dimuat naik pengguna TikTok @arg_cheng_rong kelmarin, kumpulan lelaki berkenaan dilihat duduk diam di meja makan terbuka sambil hujan mencurah-curah, tanpa seorang pun berganjak walau seinci.

Menurut kapsyen video tersebut, mereka telah sepakat meletakkan syarat bahawa sesiapa yang terlebih dahulu bangun dari meja perlu menanggung kesemua bil makanan yang dipesan.

Malangnya, hujan mula turun dengan lebat sebelum sesi makan mereka sempat tamat.

“Siapa bangun kena bayar semua. Masing-masing tak nak kalah. Korang memang kental,” katanya.

Namun, demi menyelamatkan poket masing-masing, selain ingin mencipta kenangan bersama, kesemua mereka nekad untuk terus duduk meskipun basah kuyup.

Gelagat mereka yang dilihat menggigil kesejukan sambil cuba menahan gelak mencuit hati ramai netizen sehingga meraih tiga juta tontonan dan turut menerima pelbagai reaksi daripada penonton.

“Dia sebenarnya bukan berkira sangat nak bayar.…’moment’ tu yang lebih mahal dari bil,” kata @TehAisGreen.

“Alasan je tu. Sebenarnya memang sengaja nak mandi hujan tapi tak nak nampak macam budak-budak,” seloroh seorang pengguna TikTok.

“Sebenarnya boleh sahaja nak bayar tapi ingin bergurau dengan sahabat-sabahat dan akan menjadi kenangan terindah sampai bila-bila,” kata @Bobkeyrol.

“Biar basah, asal poket tak kering kena bayar. Hebat la geng ni, mahu sampai ke tua ingat kenangan macam ini,” ujar Mohd. Rahim. – KOSMO! ONLINE

@arg_cheng_rong Siapa bagun bayar semua 🤣🤣🤣 masing masing tanak kalah 🤣🤣🤣 Korang memang kental💪💪💪#tabletop #siapabagunbayar #makanmakantiktok #hujanlebat #fyp ♬ bunyi asal – AH_ChENG_KyO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI