fbpx
Rusdi (tiga dari kiri ) mengusung jenazah anaknya untuk dikebumikan di Kampung Tanjung Setol di Pendang semalam.

Sukar tidur petanda anak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Seorang bapa tidak menyangka sukar tidur malam pada kejadian anaknya kemalangan merupakan petanda akan kehilangan anak bongsunya buat selama-lamanya.

Rusidi Othman, 61, berkata, dia menerima panggilan telefon pada pukul 2 pagi dimaklumkan anaknya, Muhammad Iman, 19, maut selepas terlibat kemalangan ketika berkonvoi pulang makan malam di Seremban malam Rabu lalu.

Allahyarham disahkan maut ketika menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar kira-kira pukul 12.30 pagi semalam.

Kesemua mangsa merupakan pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi yang berkonvoi motosikal ke Seremban, Negeri Sembilan untuk makan malam.

Turut maut dalam kejadian itu tiga lagi rakan anaknya, Afkar Fitri Affendi, 20, Aliff Syahmi Abdul Hakim, 18, dan Haris Azib Sulaiman, 21. Seorang lagi mangsa yang parah masih dirawat di ICU hospital yang sama.

Tambah Rusidi, selepas menerima panggilan telefon kemalangan melibatkan anaknya itu dia dan keluarga bergegas ke Kuala Lumpur.

“Muhammad Iman anak bongsu, saya hanya ada dua anak saja, dia seorang anak yang baik dan mendengar kata serta hormat kepada orang tua.

“Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini berharap rohnya dicururi rahmat,” katanya lagi.

Sementara itu seorang rakan serumah sewa mangsa Syed Muhammad Syahmi Syed Ahmad Nazri,19, berkata,dia mengenali mangsa sebagai seorang kawan dan rakan yang baik kerana sering menolong orang.

“Dia tidak kedekut tenaga kerana tidak pernah berkira apabila mendapat tahun kami kawan-kawannya memerlukan sebarang bantuan atau pertolongan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI