fbpx
Seorang lelaki memuat naik gambar bersama Eross dan Duta, anggota kumpulan SO7 yang ditemuinya di kedai mamak di Kota Warisan, Sepang petang semalam.

‘Orang lain beli tiket, bro santai jumpa SO7 di kedai mamak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki tidak menyangka dapat bertemu Eross dan Duta iaitu dua anggota kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) sewaktu singgah di restoran mamak di Kota Warisan, Sepang.

Menerusi hantaran TikTok cronyz MH, dia bercerita keterujaannya dapat bertemu Eross dan Duta memandangkan telah meminati SO7 sejak sekian lama.

“Gila tak gila weh, rezeki terjumpa band Indonesia legenda kat kedai mamak di Kota Warisan. Eross dan Duta SO7, peminat sejak tahun 2000 lagi, tiga album kaset beli ye,” katanya.

Menjawab pertanyaan orang ramai, dia memaklumkan telah bertemu dua individu yang diminatinya itu pada pukul 6 petang semalam.

Dalam pada itu, ramai yang ‘cemburu’ apabila lelaki tersebut dalam berjumpa anggota SO7 sekali gus disifatkan sebagai rezeki tidak disangka.

“Saya modal tiket dekat RM200 untuk tengok dia orang dari jauh. Abang modal roti canai kat mamak, dah jumpa dia orang sedekat ini,” komen seorang pengguna TikTok akumakdansesuatu.

“Ya Allah dekatnya dengan kedai saya. Tak ada rezeki betul la,” kata Mastura.

“Anak saya dengan kawan-kawan beli tiket nak tengok kat Bukit Jalil, brother santai berlaga bahu. Mesti cemburu anak saya dan kawan-kawan,” kata Annis.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, selepas tujuh tahun, SO7 bakal kembali ke Malaysia menjayakan festival muzik Latihan Pestapora yang akan berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok.

Kali terakhir SO7 beraksi di Malaysia adalah menerusi Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di Starxpo Centre, Kenanga Fashion Mall (KWC) pada 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI