fbpx
MK akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya di khalayak. - Foto FARIZ RUSADIO

MK dedah wajah anak kesayangan buat pertama kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Buat pertama kali, penyanyi rap MK mendedahkan wajah puteri sulungnya pada konsert Duo Terhangat McDonalds di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT, malam tadi.

Tindakan spontan tersebut dilakukan selepas MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 29, menyampaikan lagu Haa Tepok.

Tanpa menyatakan apa-apa, pelantun lagu Mimpi itu hanya mendukung anaknya sambil melantunkan beberapa baris lagu Pulang.

Si kecil yang baru berusia 11 bulan yang didukung bapanya dalam beberapa minit itu kelihatan tenang sepanjang berada di atas pentas.

Tidak berlama-lama, MK kemudian membawa anaknya turun pentas sebelum menyampaikan lagu Pulang dengan iringan muzik.

Lebih istimewa, penganjur turut membuat kejutan sambutan hari jadi buat anggota K-Clique itu yang bakal menyambut hari kelahiran pada 27 Julai depan.

Pada konsert Duo Terhangat McDonalds, MK membawakan beberapa buah lagu seperti Risiko, Haa Tepok, Pulang, Mimpi dan Duo Terhangat.

Dia juga sempat membawakan lagu medley Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Beg 2 Back, Merais dan Or7.

Selain MK, beberapa selebriti rap lain turut memeriahkan pentas seperti Loca B, Tuju, Sonaone dan Alyph.

Pada Ogos tahun lalu, isteri MK iaitu Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN