fbpx
GAMBAR HIASAN

Cucu Tun M rugi RM1.8 juta, kediaman dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis mengesahkan sebuah kediaman milik cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, Damansara dekat sini dipecah masuk kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan bernilai RM1.8 juta membabitkan kehilangan barang kemas di bilik mangsa.

Bagaimanapun katanya, setakat ini suspek masih belum dikenal pasti.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan termasuk meneiliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kediaman terbabit,”katanya ketika dihubungi media.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang dan disedari oleh pembantu rumah yang kemudian menghubungi mangsa memberitahu pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI