fbpx
SULTAN Sallehuddin (tengah) berkenan melawat reruai pameran selepas merasmikan Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 di Muzium Padi, Alor Setar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

Sultan Kedah berkenan rasmi Festival Hari Muzium Antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2025 di Muzium Padi, di sini hari ini.

Baginda diiringi Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Lebih 30 aktiviti utama disusun bagi menarik minat orang ramai termasuk pameran muzium dalam dan luar negara, permainan tradisional, pertandingan masakan, jualan kraf, sukan rakyat, persembahan kebudayaan, bengkel wau, cabutan bertuah serta Museum Fun Run.

Antara acara paling unik ialah program Pakat Tughun Bendang dan perlawanan bola sepak bendang yang mengangkat budaya dan tradisi masyarakat tani Kedah.

Selain itu, festival turut menjangkau kawasan luar bandar termasuk di Baling dengan melibatkan komuniti suku kaum Kensiu, salah satu etnik Orang Asli tertua di Semenanjung.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim dalam ucapannya berkata, pendekatan festival tahun ini menumpukan kepada usaha merakyatkan muzium dengan menekankan elemen capaian menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, festival berkenaan menyasarkan 150,000 pengunjung sepanjang tempoh acara itu berlangsung melibatkan komuniti tempatan, warga Kedah, institusi permuziuman, penyelidik, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, profesional serta penggiat muzium dari dalam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN