fbpx
SAARANI Mohamad (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada satu daripada pembeli sebagai simbolik majlis penyerahan kunci kepada pembeli unit Rumah Perakku di Taman Perakku Batu 14 Lekir, Manjung, Perak hari ini.- Foto oleh FADZIL ZAINOL

Projek pemindahan air Sungai Perak dibawa dalam mesyuarat Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANJUNG – Projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah akan dibawa ke Kabinet dalam usaha mengatasi masalah kekeringan tasik yang menjejaskan para petani di utara negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya semalam telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kita dimaklumkan menjelang Ogos ini, kertas jemaah menteri akan dibawa masuk (mesyuarat Kabinet). Kita minta sebelum kertas itu dibawa masuk dan diluluskan oleh Kabinet, terlebih dahulu dibincangkan dengan kerajaan negeri,” katannya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa majlis penyerahan kunci kepada pembeli unit Rumah Perakku di Taman Perakku Batu 14 Lekir, di sini hari ini.

Pada Ogos 2024, Kerajaan Persekutuan secara dasarnya bersetuju meluluskan anggaran peruntukan RM4 bilion bagi pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di Kerian.

Saarani berkata, perbicangan dengan Fadillah turut tertumpu kepada isu jajaran laluan pemindahan air agar tidak mengakibatkan bencana alam, menjejaskan penduduk serta tidak melibatkan proses pengambilalihan tanah yang banyak.

Beliau sebelum itu menyempurnakan majlis penyerahan kunci kepada para pembeli bagi 60 unit Rumah Perakku melibatkan rumah teres setingkat kos rendah yang ditawarkan pada harga serendah RM85,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN