fbpx
APIT kanan Malaysia, Afifuddin Razali (kanan) sewaktu Piala Asia

Piala Raja Thai: Skuad kuadran negara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Skuad kuadran sepak takraw lelaki negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Piala Raja Thai 2025 selepas bangkit menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi kumpulan A yang berlangsung hingga lewat malam, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Central Hatyai, sebentar tadi, Malaysia yang dibarisi Afifuddin Razali, Shahalril Aiman Halim, Aidil Aiman Azwawi dan Norfaizzul Abd Razak menerima tentangan cukup hebat hingga ke set ketiga permainan.

Bagaimanapun, skuad kendalian Zulkarnain Arif kekal tenang sebelum bangkit mencipta kemenangan 10-15, 15-10,15-10.

Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun berharap anak-anak buah dapat rehat yang cukup memandangkan mereka akan turun beraksi pada sebelah pagi untuk menentang Singapura pada aksi terakhir peringat kumpulan.

“Saya harap mereka kekal dengan bekalan tenaga yang cukup kerana kita habis lewat pada malam ini. Apapun, pemain negara telah memberikan sehabis baik terutama mengatasi pasukan tuan rumah, Thailand.

“Apapun, perlawanan baru bermula dan saya cukup yakin kita mampu melakukannya hingga ke pentas final,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sejurus tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyusuli kejayaan lebih awal menundukkan musuh tradisi Thailand 2-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan, sekali gus mengesahkan kemaraan skuad negara m ke separuh akhir.

Ia juga menjadi simbol kebangkitan skuad negara selepas kecewa di Piala Dunia Bihar, India Mac lalu apabila gagal mara ke suku akhir, dan turut dianggap sebagai ‘penebusan’ kekalahan kepada Thailand pada separuh akhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Malaysia sebelum ini turut mencuri tumpuan apabila muncul juara Piala Asia di Kuala Lumpur Mei lalu selepas menewaskan Jepun 2-0 di pentas final.

Skuad negara akan melengkapkan aksi kumpulan menentang Singapura, pada pukul 9 pagi nanti bagi menentukan kedudukan akhir sama ada muncul juara atau naib juara kumpulan.

Dalam perlawanan pembukaan, Malaysia sedikit bergelut apabila terpaksa beraksi sehingga ke set ketiga sebelum menang ke atas Myanmar 16-17, 15-8, 15-11. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI