fbpx
Lengan Boyd putus selepas dilanggar sebuah tren di bandar Ventura dekat California. - GoFundMe

Lengan wanita melayang dilanggar kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Seorang wanita putus lengan selepas dilanggar sebuah kereta api ketika dia menolak basikal elektriknya melintasi sebuah landasan di negeri California, lapor akhbar New York Post semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan) di bandar Ventura, 7 Julai lalu.

Elieah Boyd, 24, dilaporkan menolak basikal elektrik seberat 36.28 kilogram melintasi landasan dan tidak menyedari tren tersebut menuju ke arahnya. 

“Saya terkejut apabila melihat lengan saya hilang. Ia ditemui beberapa meter di landasan. Tiada hon dibunyikan semasa kejadian. 

“Kejadian berlaku dalam masa hanya tiga saat. Tren itu tidak merosakkan basikal tetapi memutuskan lengan saya sepenuhnya,” kata Boyd. 

Dia kemudian dibantu oleh seorang anggota bomba bersara sebelum dibawa ke Pusat Perubatan UC Irvine untuk menjalani pembedahan.

Lengan Boyd berjaya disambung semula selepas pembedahan selama 10 jam. Meskipun begitu, dia belum pulih sepenuhnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI