fbpx
Tuan rumah panik apabila makanan untuk tetamu masih belum tiba. - TikTok

Katering lewat 4 jam, tuan rumah terpaksa beli nasi bungkus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu kecewa apabila penyedia katering majlis perkahwinan mereka gagal menyediakan makanan untuk 1,000 tetamu, menyebabkan pihak keluarga terpaksa membeli nasi bungkus, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Kejadian berlaku di Jakarta Tengah pada 22 Julai lalu apabila pasangan bernama Adinda dan Cholis melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Dalam satu hantaran tular di media sosial, seorang penghasil kandungan perkahwinan bernama Saraswatidesi berkata, keluarga pengantin panik apabila makanan masih belum tiba meskipun jam menunjukkan pukul 12 tengah hari (waktu tempatan).

“Majlis bermula pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) tetapi sehingga pukul 12 tengah hari (waktu tempatan), katering masih belum tiba. 

“Pasukan perancang majlis dan keluarga dengan segera memesan nasi bungkus sebagai pengganti,” kata Saraswatidesi dalam hantaran di platform TikTok.

Tambah Saraswatidesi, selepas wakil keluarga pengantin berkunjung ke dapur syarikat katering, mereka terkejut apabila melihat hanya terdapat tiga orang pekerja sedang bertungkus-lumus menyiapkan makanan.

“Salah seorang daripada mereka yang mengaku sebagai anak kepada pemilik katering itu terkejut apabila diberitahu bahawa jumlah makanan dipesan tidak sama dengan arahan diterimanya.

“Makanan akhirnya tiba di lokasi majlis pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan). Namun, ia bukan untuk 1,000 orang seperti yang dipesan,” jelasnya.

Kata Saraswatidesi, selepas kejadian itu, mereka mendapat tahu bahawa sudah ramai pelanggan menjadi mangsa syarikat katering tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Makanan amat penting dalam majlis perkahwinan. Walau sehebat mana pun acara, jika makanan tiada, pasti akan menjadi umpatan,” kata seorang netizen.

“Tahniah kepada perancang majlis yang mengambil inisiatif dan pantas mencari solusi. Semoga duit bayaran katering dipulangkan 100 peratus,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI