fbpx
[22:00, 24/07/2025] Sharkawi Londing: Ija Nizaruddin, adik akan dituduh esok Oleh MOHD. SHARKAWI LONDING MUAR - Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mereka masing-masing akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat. “Untuk makluman, kes berkaitan sebuah motokar dijumpai terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong yang berakhir dengan kes laporan palsu yang disiasat dibawah seksyen 182 dan 109 kanun keseksaan akan dituduh 25 Julai 2025 di Mahkamah Majistret Muar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Terdahulu, pada Is… [22:01, 24/07/2025] Sharkawi Londing: IJA NIZARUDDIN dan adiknya akan dituduh di Mahkamah Majistrer Muar, esok.

Ija Nizaruddin, adik akan dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dan adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, akan dituduh di Mahkamah Majistret, di sini esok.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mereka masing-masing akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

“Untuk makluman, kes berkaitan sebuah motokar dijumpai terjunam ke dalam Sungai Tui, Bukit Kepong yang berakhir dengan kes laporan palsu yang disiasat di bawah seksyen 182 dan 109 kanun keseksaan akan dituduh 25 Julai 2025 di Mahkamah Majistret Muar,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, pada Isnin lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat satu laporan polis terhadap seorang pempengaruh permotoran dan adik lelakinya susulan tindakan membuat laporan palsu berhubung kejadian kehilangannya di Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong.

Ketua Zon 4 JPBM Johor Penguasa Kanan Bomba II, Norshuhada Amsari berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada pukul 11.30 pagi Ahad lalu adalah atas nasihat Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Norshuhada berkata, laporan juga bertujuan agar orang awam mengambil iktibar dengan tidak sesekali membuat sesuatu perkara yang tidak berfaedah serta mengganggu tugas anggota penyelamat.

Beliau berkata, sepanjang operasi mencari dan menyelamat selama empat hari itu, lebih 30 pegawai dan anggota JBPM dari Muar, Labis dan Pagoh dikerah ke lokasi kejadian sebaik adik pempengaruh itu membuat laporan kehilangan abangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI