fbpx
MALAYSIA gagal melayakkan diri ke separuh akhir apabila terkandas di peringkat kumpulan Piala Asean B-23. - MALAYSIA NT

Harimau Muda perlu diwujudkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIADA masa untuk semua orang meratapi kegagalan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara di Piala Asean B-23, sebaliknya ia wajar dijadikan tauladan sebelum menghadapi cabaran lebih getir selepas ini.

September depan, skuad kendalian Nafuzi Zain itu akan berdepan tugasan lebih mencabar di kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan bakal melengkapkan tahun 2025 dengan penyertaan di Sukan SEA Thailand pada Disember nanti.

Bekas penjaga gol B-23 negara, Izham Tarmizi Roslan berkata, situasi sekarang berbeza berbanding pernah dilaluinya ketika kewujudan Harimau Muda.

“Pada pandangan peribadi, skuad B-23 ini boleh pergi jauh, cuma apa yang terjadi dekat Indonesia adalah satu butang untuk kita fokus balik sebab saya rasa mungkin tempoh singkat sahaja mereka bersama.

“Pengalaman saya dengan B-23 sama juga, kita perlu ada masa yang panjang macam Harimau Muda dulu. Ambilnya sebagai satu pengalaman berharga sebab ini adalah pencetus semangat kita untuk kejohanan akan datang,” katanya.

Ditanya adakah wajar untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewujudkan semula program seperti Harimau Malaya, Izham menjelaskan inisiatif itu adalah perkara yang positif kerana banyak manfaat mampu diraih oleh pemain.

“Zaman saya dulu sebab kita ada Harimau Muda, kami lebih banyak masa bersama. Kami beraksi di Liga Super, Liga Slovakia dan Liga Singapura. Apa FAM lakukan sekarang, kita hanya perlu ikut dan dapatkan keputusan terbaik.

“Saya sokong dulu FAM buat Harimau Muda. Tapi pendapat orang lain saya tidak boleh halang. Apabila berkumpulnya pemain-pemain, di situ kita tahu cara masing-masing, satu pasukan dan kita hanya tambah dengan beberapa orang (pemain) dari luar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI