fbpx

Annil permata baharu Harimau Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNIL melahirkan harapan dipanggil menyertai skuad B-23 menjelang kempen Piala Asia B-23 di Qatar pada Mac depan.

PEMAIN muda negara yang berpangkalan di Jerman, Annil Vigneswaran berharap masih belum terlewat untuk merebut tempat dalam skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan menjelang kempen Piala Asia B-23 di Qatar pada Mac depan.

Sebagai rekod, Annil yang berusia 20 tahun baru sahaja menandatangani kontrak selama semusim bersama kelab divi­syen tiga Bundesliga, SV Waldhof Mannheim 07 minggu lalu.

Kata Annil, fokus selepas ini adalah berusaha untuk mendapat minit permainan secukupnya di peringkat kelab sebelum dapat memikirkan sebarang pe­luang dipanggil semula menyertai skuad B-23 kebangsaan.

“Saya sangat gembira apabila dapat menandatangani kontrak bersama skuad SV Waldhof Mann­heim 07 musim ini. Meskipun hanya bersama skuad B-21, peluang untuk diserapkan dalam pasukan utama tetap terbuka.

“Ini adalah tahun keempat saya dalam saingan bola sepak di Jerman dan sudah pasti saya kini memiliki pengalaman yang lebih baik untuk bersaing dengan pemain di sini.

“Jika ditanya mengenai sasaran, sudah pasti saya mahu kembali semula menyarung jersi skuad B-23 negara terutama dengan potensi untuk bersaing di pentas Piala Asia B-23.

“Cuma, ia bukanlah tugas yang mudah dan lebih baik saya fokus dengan prestasi peribadi dalam usaha mendapatkan minit permainan sebelum fikir terlalu jauh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Annil telah berkelana ke Jerman sejak usia 16 tahun dan mewakili beberapa pasukan seperti SV Sandhausen, SGV Freiberg dan Freiburger FC.

Kali terakhir Annil dipanggil menyertai skuad B-23 negara adalah ketika saingan kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Korea Selatan pada dua tahun lalu sewaktu pasukan masih dibimbing Brad Maloney.

Kini, skuad muda Harimau Malaya sudah berwajah baharu apabila mendapat sentuhan pengendali Sepanyol, Juan Torres Garrido yang dijangka membuat kem latihan pusat pertama pada bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.