fbpx
Rohaizad (tengah) menunjukkan rampasan bunga ganja dalam but kereta Perodua Axia ketika sidang di Perai, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Bawa bunga ganja lebih RM5 juta naik Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya merampas 49 ketulan bunga ganja bernilai lebih RM5 juta di susur keluar Tol Sungai Petani (Selatan) di Kedah, pada 29 Jun lalu.

Pengarahnya, Rohaizad Ali berkata, pihaknya bertindak atas risikan sebelum melakukan serbuan ke atas sebuah kereta Perodua Axia yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 30-an.

“Kenderaan terbabit yang disyaki diseludup dari negara jiran bergerak dari arah Jitra dan memasuki tol berkenaan selepas menyedari kereta mereka diekori penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan sewa terbabit, kita menemui satu guni yang disembunyikan di bahagian bawah tempat duduk belakang manakala dua lagi guni ditemui di bahagian bonet.

“Ketiga-tiga guni terbabit berisi 49 ketulan mampat dadah jenis bunga ganja dengan anggaran seberat 52.047 kilogram (kg) bernilai RM5,100,606,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Perai di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua suspek yang juga penganggur itu disyaki dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah terbabit ke selatan tanah air.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI