fbpx
Resit pembayaran menunjukkan harga untuk dua botol mineral kecil mencecah 40,000 rupiah. - X

2 botol air mineral 330 ml harga lebih RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita terkejut apabila dua botol air mineral berkapasiti 330 mililiter (ml) yang dibeli di sebuah restoran, dijual pada harga 40,000 rupiah (RM10.34), lapor portal berita Lambe Turah baru-baru ini. 

Air mineral jenama Aqua itu dibeli di Pusat Beli-belah Botani Square dekat Bogor, wilayah Jawa Barat. 

Imej yang dimuat naik di laman X oleh akaun @arrasll menunjukkan resit pembayaran di mana harga dua botol mineral kecil mencecah 40,000 rupiah. 

Malah, harga tersebut termasuk cukai. 

Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Nama pun ‘mall’,” kata seorang netizen. 

“Kalau nak murah, beli kat pasar raya atau kedai ‘aceh’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI