fbpx
Sekumpulan bapa sedang khyusuk mempelajari Iqra 1 sambil ditemani isteri mereka. - TikTok

Suami semangat belajar Iqra ditemani isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila menghadiri kelas mengaji sambil ditemani isteri mereka, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @ammerdiareal menunjukkan lelaki-lelaki itu sedang khusyuk mempelajari Iqra 1.

Meskipun tidak mahir, kehadiran isteri membuatkan mereka lebih bersemangat dan tidak berputus asa untuk belajar. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Jangan malu untuk belajar, malu kerana enggan belajar,” kata seorang netizen. 

“Tiada yang terlambat biarpun sudah tua,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI