fbpx
Poster oleh Public Health Malaysia yang dikongsikan di laman X.

Spanish latte lebih mahal daripada petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harga minuman bergula seperti kopi dan air berkarbonat di negara ini didapati jauh lebih mahal berbanding harga seliter petrol RON95.

Menerusi satu hantaran di laman X, Public Health Malaysia mendedahkan bahawa segelas kopi Spanish latte yang popular di kafe dijual pada harga RM12, manakala segelas lemonade pula RM4.50 dan sebotol minuman berkarbonat 1.5 liter berharga RM3.80.

Sebaliknya, harga petrol RON95 pula RM1.99 seliter – jauh lebih murah berbanding kesemua jenis minuman manis tersebut.

PHM turut menegur sikap pengguna yang sanggup membayar lebih untuk minuman manis yang tidak diperlukan oleh tubuh.

“Ironinya, kita sanggup bayar lebih untuk minuman yang tak diperlukan tubuh. Sedangkan 1 liter petrol boleh bawa kita ke destinasi jauh.Satu botol minuman manis mungkin sedang membawa kita lebih dekat ke hospital,” katanya.

Tambahnya, tubuh manusia tidak memerlukan gula tambahan dan keperluan sebenar badan adalah seperti air kosong, tidur mencukupi serta kasih sayang terhadap diri sendiri.

“Cukuplah manis dalam hidup, bukan dalam gelas,” katanya.

Kementerian Kesihatan turut menekankan pengambilan gula berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit tidak berjangkit termasuk kencing manis, obesiti dan penyakit jantung.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI