fbpx
OPERASI Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar lokasi panas di Sikamat, Seremban malam tadi. FOTO IHSAN POLIS

Samseng jalanan hampir langgar pengguna jalan raya takut kena ‘cekup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki bertindak agresif apabila nyaris melanggar pengguna jalan raya lain ketika cuba melarikan diri dalam operasi bersepadu di sekitar Sikamat di sini malam tadi.

Difahamkan, remaja berusia 19 tahun itu bertindak demikian kerana menunggang tanpa lesen selain motosikalnya diubah suai.

Operasi yang bermula pukul 7 hingga 9 malam itu tertumpu di lokasi panas di Taman Akasia, Taman Desa Rhu, Taman Desa Kiara dan Taman Coral Heights.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, terdapat penunggang yang dikesan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak polis, namun berjaya ditahan.

“Sebanyak 41 buah motosikal diperiksa melibatkan seramai 51 individu termasuk enam remaja bawah umur berusia bawah 15 tahun. Sebanyak 118 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad Hatta berkata, empat saman dikeluarkan ke atas remaja yang menunggang motosikal bawah umur dan lapan saman ke atas pemilik kerana membenarkan motosikalnya digunakan.

Jelasnya, antara kesalahan yang direkodkan adalah aksesori yang tidak mengikut spesifikasi iaitu 21 kes, cermin sisi (16), tiada nombor plat (13), menunggang tanpa lesen (13), ubah suai ekzos (11) dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (11).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI