fbpx
MUHD. Khair Razman (dua dari kiri) bersama Dr. Manoj (dua dari kanan) menyerahkan sijil dan cenderahati kepada peserta Kursus Antarabangsa Inclusive Rural and Regional Development in Malaysia di Langkawi, malam tadi.

Polisi pembangunan luar bandar jadi contoh negara Asia, Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Model pembangunan luar bandar yang digunakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjadi contoh kepada negara-negara Asia dan Afrika

Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd. Khair Razman Mohamed Annuar berkata, model tersebut dikongsikan dalam Kursus Antarabangsa Inclusive Rural and Regional Development in Malaysia yang turut dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (Infra) bersama African-Asian Rural Development Organization (AARDO).

“KKDW melalui Infra telah dipilih untuk memberikan kursus kepada 20 pegawai kerajaan dari 34 negara anggota AARDO dengan fokus kepada pembangunan luar bandar” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Antarabangsa Inclusive Rural and Regional Development in Malaysia di sini malam tadi.

Jelasnya lagi, KKDW telah melaksanakan program pembangunan desa yang merangkumi elemen Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), keusahawanan, pembangunan sosio ekonomi bagi meminimumkan migrasi dari desa ke bandar.

Tambahnya, pihaknya berharap AARDO dapat bekerjasama rapat dengan negara-negara ASEAN yang juga menekankan pembangunan luar bandar mampan selaras Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030).

Sementara itu, Setiausaha Agung AARDO, Dr. Manoj Nardeosingh turut memuji program perubahan luar bandar yang digunakan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI