fbpx
MALAYSIA (jersi hitam) bakal turun ke Piala Raja Thai dengan status selaku juara Piala Asia 2025.

Malaysia sedia gegar Piala Raja Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui laluan getir menanti skuad kuadran lelaki negara apabila diundi dalam ‘kumpulan maut’ di Piala Raja Thai 2025 yang membuka tirai hari ini.

Kejohanan di Central Hatyai, Songkhla sehingga 27 Julai itu menyaksikan Malaysia diletakkan sebaris dengan tiga kuasa besar Asia, Thailand selaku tuan rumah, Myanmar dan Korea Selatan.

Walaupun mengakui reputasi hebat kesemua lawan, namun Ahmad Jais tetap menyasarkan skuad negara sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan dan layak ke separuh akhir.

“Untuk acara kuadran, apabila diletakkan dalam kumpulan maut yang mana kebanyakan pasukan adalah kuat, cabarannya memang sangat besar.

“Kita akan fokus satu demi satu perlawanan terlebih dahulu untuk mempamerkan aksi terbaik dan mencapai kejayaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas pertembungan menentang Thailand, Ahmad Jais mengakui kelebihan jelas memihak kepada tuan rumah, namun menegaskan perkara itu tidak akan melemahkan semangat juang pemain-pemain negara.

“Menentang Thailand di tempat lawan memang satu kelebihan buat mereka. Namun, kita tidak memandangnya sebagai sesuatu yang melemahkan pasukan.

“Walaupun persiapan kita agak terhad selepas Liga Sepak Takraw (STL), kita tetap yakin pemain akan memberikan segalanya untuk mengekalkan momentum daripada kejayaan di Piala Asia baru-baru ini.

“Kita tekad untuk memperagakan aksi terbaik. Lawan tetap lawan, matlamat kami adalah layak ke separuh akhir,” tambahnya.

Sebagai rekod, skuad kuadran lelaki negara pernah mencipta sejarah muncul juara Piala Asia 2025 selepas menundukkan Korea Selatan di separuh akhir dan Jepun 2-0 di final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI