fbpx
Tangkap layar menunjukkan daging goreng yang bertukar menjadi ‘jeli’ selepas dimasak.

Daging goreng atau gula-gula gummy?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi pengalaman lucu mencuba petua dengan meletakkan soda penaik untuk melembutkan daging.

Namun keadaan berlaku sebaliknya apabila daging tersebut bertukar menjadi jeli selepas diperap dengan bahan tersebut sehingga meraih perhatian ramai netizen

Menerusi perkongsian di Thread oleh pengguna akaun @Emmasyahira, wanita itu memuat naik gambar daging goreng yang bertukar tekstur menjadi jeli selepas dimasak.

“Saya ikut teknik dalam video di TikTok, mungkin dagingnya terlebih perap (soda penaik) dan bertukar jadi tekstur seperti jeli. Rasanya agak pahit dan tidak boleh dimakan kerana semua jadi jeli,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi petua supaya daging cepat empuk.

“Awak boleh cuba rebus daging dengan kurma, saya jamin daging cepat empuk dan isi jadi manis,” cadang @Secretstash4y.

“Sumpah saya ingat awak goreng gula-gula ‘gummy’,” balas @8eylaaa.

“Sudah betul pakai soda penaik, tapi kena letak sikit dan perap jangan lebih tiga jam. Kalau boleh basuh sebelum perap dengan bahan lain atau masak terus. Bukan salah soda penaik tapi cuma teknik sahaja kena betulkan sedikit,” kata @Kalifpoi23. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN