fbpx
GAMBAR JANAAN AI

Bil elektrik 85 peratus rakyat lebih murah mulai Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama, berbanding separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia sebentar tadi.

“Walaupun tarif elektrik bermula Julai 2025, bil eletrik rakyat itu tidak naik. 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil.

“Maknanya ada penurunan sehingga 14 peratus, tidak seperti mana fitnah diluar…cukai, apa? Tarif naik tapi kos rendah, maknanya bil elektrik rendah.

“Tengok akhir bulan ini bil eletrik masing-masing. Kalau nak mengeluh, mengeluh pada masa itu. Jangan umpanya mengandaikan kenaikan. Tidak ada kenaikan,” katanya.

Media melaporkan, sebanyak tiga komponen utama dalam struktur tarif elektrik negara disemak semula susulan pelaksanaan tarif elektrik baharu bermula 1 Julai lalu hingga 31 Disember 2027.

Penstrukturan itu melibatkan penyelarasan kadar purata tarif asas, pengenalan jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api yang lebih dinamik dan telus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI