fbpx
KHAIRUL ADRI dituduh menerima suapan RM4,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAAZLAN IBRAHIM

Bekas Pengarah Belia dan Sukan Melaka didakwa makan suapan RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Bekas Pengarah Belia dan Sukan Negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan bernilai RM4,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Adri Rosli, 51, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, Khairul Adri dituduh menerima wang bernilai RM4,000 daripada wakil sebuah syarikat kontraktor baik pulih menerusi akaun syarikat ke dalam akaun seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan tugas rasmi berkaitan kerja-kerja membina pondok pengawal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka berjumlah RM49,950.

Perbuatan itu dilakukan di dua buah bank berbeza di Tampoi dan Permas Jaya di sini pada 6 Januari dan 16 Februari 2023.

Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin membenarkan jaminan RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan dan mahkamah menetapkan 29 Ogos sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI