fbpx
GAMBAR fail ibu pejabat UNESCO di Paris, Perancis. - Foto AFP

AS tarik diri daripada UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan memetik kecenderungan anti-Amerika dan anti-Israel dalam organisasi itu, lapor portal berita New York Post semalam.

Trump dilaporkan mengarahkan semakan 90 hari berhubung penglibatan AS di UNESCO pada Februari lalu.

Seorang pegawai White House berkata, selepas menjalankan semakan, pegawai-pegawai pentadbiran mengetengahkan isu-isu termasuk dasar kepelbagaian, ekuiti dan inklusif UNESCO serta sentimen berat sebelahnya yang pro-Palestin dan pro-China.

“Presiden (Trump) akan sentiasa mengutamakan Amerika dan memastikan keahlian negara kita dalam semua organisasi antarabangsa sejajar dengan kepentingan negara kita,” kata penolong jurucakap White House, Anna Kelly.

Trump pada mulanya mengarahkan AS keluar daripada UNESCO pada 2017 dengan menyebut bahawa organisasi itu berpendirian anti-Israel.

Namun, Amerika menyertai semula UNESCO ketika ia ditadbir oleh Presiden Joe Biden pada 2023.

Beliau memberi alasan bahawa kehadiran AS diperlukan untuk mengatasi cengkaman China yang semakin meningkat terhadap organisasi itu.

Ini kerana Beijing adalah pembiaya kedua terbesar UNESCO dengan rakyatnya, Xing Qu berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah organisasi tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI