fbpx
Anwar.

Anwar lancar Sejahtera Madani esok bantu golongan miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Sejahtera Madani iaitu ikhtiar kerajaan untuk memastikan kumpulan miskin tegar dan miskin terus diberi bantuan sewajarnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Sejahtera Madani melihatkan kerjasama antara kerajaan dan sektor korporat dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.

“Ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar ialah keutamaan saya sejak awal. Hampir 150,000 isi rumah miskin tegar pada tahun 2023 telah keluar daripada kelompok miskin tegar,” katanya ketika mengumumkan ikhtiar segera kerajaan bagi meringankan beban sara hidup rakyat hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, menegaskan, ekonomi Malaysia berada ditahap meyakinkan dan perkara tersebut malah diperakui di peringkat antarabangsa.

Kata beliau, pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) suku pertama tahun ini mencatat pertumbuhan 4.4 peratus dan bakal mencecah 4.5 peratus pada suku kedua berdasarkan unjuran awal.

“Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025. Kenaikan 11 tangga itu bukan perkara yang mudah.

“Pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384 bilion. Peningkatan 17 peratus ketimbang tahun sebelumnya,” katanya.

Anwar seterusnya menafikan nilai ringgit meleset, sebaliknya mengukuh lebih lima peratus berbanding dolar Amerika Syarikat dengan nilai terkini mencatat paras RM4.23 iaitu antara lima mata wang terbaik Asia.

Kata beliau, kadar pengangguran yang pernah mencecah paras membimbangkan pula telah berjaya diturunkan kepada tiga peratus.

Jelas beliau, kadar tersebut adalah yang terendah bagi tempoh lebih sedekad dan mewujudkan lebih 250,000 pekerjaan baharu dari 2023 dan 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN