PETALING JAYA – Gamuda Land melalui penyedia segmen riadahnya, GL Play telah melancarkan kempen GL Play Birthday Bash yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini.
Kempen yang diadakan sempena ulang tahun kedua GL Play itu bertujuan untuk memberi penghargaan dan kegembiraan kepada tetamu tempat-tempat tarikan syarikat tersebut.
Pengurus Besar Kanan Riadah dan Hospitaliti, Gamuda Land, Liong Ve Lyn berkata, GL Play sangat berdedikasi untuk memberi keseronokan kepada masyarakat dengan pelbagai tarikan menarik.
“Kempen ini merupakan bukti komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang luar biasa kepada tetamu,” katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.
Sempena kempen tersebut, GL Play mengadakan pelbagai promosi menarik terutamanya pada hujung minggu di SplashMania Waterpark @ Gamuda Cove, FunPark @ Gamuda Luge Gardens dan Rimba Safari di Paya Indah Discovery Wetlands.
Antara yang menarik, GL Play menawarkan promosi beli satu percuma satu untuk beberapa aktiviti yang ditawarkan di tempat-tempat tarikan syarikat itu sehingga hujung bulan ini.
Sempena kempen itu juga, GL Play kembali dengan tarikan Night Splash di SplashMania Waterpark, penganjuran Pesta Suay Mak Mak Thai di FunPark dan aktiviri Rimba Safari di Paya Indah Wetlands.
Menurut Ve Lyn, kempen tersebut didedikasikan kepada semangat luar biasa pengunjung bukan saja dari Malaysia, malah seluruh dunia.
“Kami mengalu-alukan lebih daripada dua juta tetamu di tempat tarikan GL Play sejak 2023.
“Ini sekali gus menyumbang kepada sektor pelancongan di Selangor dan Malaysia,” ujarnya.