fbpx
PETA menunjukkan kawasan Ambalat iaitu wilayah sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia.

Pertikaian Blok ND6, ND7 halang kerjasama ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerjasama ekonomi di kawasan Ambang Batas Laut (Ambalat), khususnya bagi Blok ND6 dan ND7 di Laut Sulawesi, sukar dimeterai memandangkan kawasan tersebut masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Indonesia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang projek atau inisiatif di kawasan tersebut tidak boleh menjejaskan kedaulatan negara.

“Sebab itu dalam soal ND6 dan ND7 terbengkalai kerana kita tidak boleh masuk dan sekiranya di rempuh juga, ia akan jadi seperti konflik sempada di Thailand dan Kemboja.

“Tambahan pula hubungan kita dengan Indonesia sangat sangat baik dalam pelbagai aspek dan perlu dipelihara.Mereka juga tahu kita negara berdaulat tidak boleh serahkan apa-apa dan rundingan perlu diteruskan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang mahu tahu sama ada wujud atau tidak bentuk kerjasama ekonomi di kawasan ND 6 dan ND7.

Mohd Shahar turut membangkitkan strategi untuk mempertingkatkan kawasan keselamatan di kawasan berkenaan selain mahukan kawasan berkenaan di bangunkan dalam aspek ekonomi.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan konsisten untuk terus berunding dalam memastikan keadaan di kawasan tersebut berada aman tanpa sebarang pertempuran.

Selain itu katanya, kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terus diperkukuh menerusi pengoperasian berterusan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang membabitkan kos perbelanjaan sebanyak RM40 juta setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI