fbpx
Antara mangsa kemalangan maut di Kilometer 328.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Tapah pada pukul 11.40 pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM

Pemandu Vios akan direman di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat kemalangan maut di Kilometer 328.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di sini hari ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tapah esok.

Kemalangan pukul 11.30 pagi telah melibatkan dua kenderaan itu telah menyebabkan tiga warga emas maut, manakala dua lagi cedera.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya berkata, siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kemalangan berlaku disebabkan Toyota Vios yang dipandu lelaki tempatan berumur 30-an itu telah melanggar belakang sebuah kereta Proton X50 dipandu seorang lelaki tempatan berumur 70-an bersama empat penumpang di lorong kanan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu, kereta Toyota Vios itu telah terbabas ke bahagian rumput sebelah kiri lebuh raya tersebut, manakala Proton X50 dipercayai telah berpusing dan menghentam besi pembahagi sebelah kiri lebuh raya.

“Tiga penumpang belakang maut di lokasi kejadian, manakala pemandu dan penumpang hadapan pula cedera,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd. Fauzan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 05-4011 222 atau 013-2087919. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI