fbpx
Projek perumahan Clementi Crest terletak di lokasi strategik. - Google Maps

Flat 4 bilik dijual lebih RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sebuah flat empat bilik muncul sebagai kediaman paling mahal seumpamanya di Singapura selepas dijual pada harga SG$1.28 juta (RM4.2 juta), lapor laman berita Must Share News kelmarin.

Ia merupakan flat empat bilik kedua di Clementi yang dijual melepasi harga SG$1.2 juta (RM4 juta) pada bulan ini, demikian menurut portal hartanah 99.co.

Flat  itu adalah sebahagian daripada projek perumahan Clementi Crest Build-To-Order (BTO). Ia terdiri daripada dua blok kediaman menempatkan  385 unit flat dan sehingga 40 tingkat setiap satu.

Faktor kediaman itu yang terletak di kawasan tinggi dan mempunyai panorama luas mungkin menjadi punca harganya melonjak.

Selain itu, lokasinya di Clementi Central juga strategik iaitu berdekatan dengan stesen MRT Clementi, pusat makanan Clementi 448 Market & Food Centre, pasar raya dan kemudahan lain seperti tadika serta pusat asuhan kanak-kanak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI