fbpx
MBEUMO mempunyai rekod cemerlang meledak 20 gol buat Brentford dalam kempen EPL musim lalu. - Foto ihsan MUFC

EPL: Mbeumo teruja sarung jersi Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Penyerang antarabangsa Cameroon, Bryan Mbeumo gembira dapat melengkapkan perpindahan impian dengan menyertai Manchester United yang merupakan pasukan kegemarannya sejak daripada kecil.

Pemain berusia 25 tahun itu bersetuju menyertai The Red Devils menerusi kontrak selama lima tahun dengan pilihan lanjutan setahun selepas dibawa masuk dengan yuran perpindahan mencecah £70 juta (RM399.91 juta).

Kehadiran Mbeumo dijangka mampu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangan United memandangkan dia berjaya menjaringkan 20 gol selain melakukan tujuh umpanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Sebagai rekod, dia sudah menjaringkan 70 gol serta melakukan 51 umpanan dalam 242 perlawanan bersama Brentford selepas menyertai pasukan itu dari kelab Perancis, Troyes pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI