fbpx
GARCES (kiri) pernah ‘merantai’ bintang Real Sociedad, Martin Zubimendi yang kini berhijrah menyertai Arsenal. - IG FACUNDO GARCES

Bintang Harimau Malaya ‘laku keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK warisan Harimau Malaya, Facundo Garces dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab gergasi Argentina sekali gus pulang ke negara kelahirannya, Independiente pada jendela perpindahan kali ini.

Garces ketika ini masih menjalani sesi pramusim dengan kelab La Liga, Deportivo Alaves bagi mengharungi kempen musim baharu yang akan bermula bulan depan.

Menurut laman Instagram InfooCai yang aktif menghebahkan laporan mengenai Independiente mendakwa pasukan yang terkenal dengan gelaran El Rojo itu ditawarkan oleh Alaves sekiranya berminat untuk mendapatkan khidmat Garces.

Namun, apa yang menjadi penghalang ketika ini adalah keingingan Garces untuk terus kekal bersama Alaves sekali gus beraksi di peringkat tertinggi Eropah memandangkan masih memiliki kontrak hingga 2028.

“Facundo Garces telah ditawarkan kepada Independiente. Bek kanan berusia 26 tahun itu berketinggian 1.88m (meter) dan mempunyai kontrak sehingga Jun 2028.

“Bagaimanapun, perpindahan itu dijangka sukar untuk direalisasikan kerana pemain itu mahu kekal di Eropah,” kata hantaran yang dimuatnaik InfooCai.

Sebagai rekod, Garces yang memiliki tanda harga sebanyak €4.5 juta (RM22.1 juta) baru sahaja berhijrah ke Alaves awal tahun ini daripada kelab Argentina, Colon dan menjadi salah seorang pemain kegemaran penyokong pasukan Babazorros itu.

Garces yang memiliki salasilah darah Malaysia telah mempamerkan aksi luar biasa pada debut antarabangsa dengan membantu Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 pada saingan kelayakan Piala Asia 2027 bulan lalu.

Selain Garces, empat lagi pemain warisan baharu yang menyertai revolusi skuad kebangsaan ialah Jon Irazabal, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado dan Joao Figueiredo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI