fbpx
Tip wang kertas RM50 berserta sekeping nota yang diterima seorang penghantar makanan.

Rider dapat RM50 sebab muka iras arwah adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan terharu berbaur sebak apabila menerima tip berupa wang RM50 dan sekeping nota menyentuh hati daripada pelanggan hanya kerana wajahnya seiras arwah adik wanita tersebut.

Kisah itu dikongsikan menerusi satu hantaran di TikTok milik @Amirsyahv yang memaparkan sekeping gambar wang kertas RM50 bersama nota tulisan tangan.

“Akak ada bagi tip lebih sedikit untuk adik (rider). Muka adik sama macam arwah adik akak, terima kasih hantar makanan ke rumah akak ye dik,” tulis wanita itu di ruangan mesej.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sedih dan memahami perasaan wanita berkenaan.

“Dia (pelanggan) cuma nak buat sesuatu yang baik sebagai tanda dia rindu adik dia. Bukan nak pengganti pun, cuma nak buat hari seseorang itu jadi lebih baik,” kata Aidira.

“Kesiannya, mesti dia rindu adik dia sangat-sangat,” kata Umaira.

“Saya pun pernah dapat (tip) bang waktu kerja, dia bagi sebab muka macam arwah adik. Lepas itu dia naik kereta menangis dan lambai dekat saya,” kongsi Kamsah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN