fbpx
Keadaan mangsa yang dihempap Toyota Hilux di sebuah bengkel di Miri.

Mekanik mati dihempap Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MIRI – Seorang mekanik meninggal dunia selepas dihempap dan tersepit di bawah Toyota Hilux ketika sedang membaiki kenderaan itu di sebuah bengkel di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.03 pagi tadi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri ke lokasi.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

“Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN