fbpx
RASHFORD semakin hampir menjadi miliki Barcelona selepas United bersetuju dengan tawaran awal dikemukakan. - AFP

La Liga: Impian Rashford akhirnya tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford semakin hampir menyertai Barcelona secara pinjaman semusim penuh selepas kelab itu bersetuju untuk membenarkan pemain itu membuka rundingan dengan gergasi La Liga tersebut.

Difahamkan, pemain berusia 27 tahun itu telah diketepikan daripada skuad utama The Red Devils sejak dua minggu lalu selepas pengurus, Ruben Amorim memaklumkan bahawa dia tidak termasuk dalam perancangannya di Old Trafford.

Situasi itu membuka ruang buat Rashford mencari haluan baharu dan Barcelona muncul sebagai destinasi pilihan selepas kelab itu gagal mendapatkan dua sasaran utama mereka, Nico Williams yang memilih kekal bersama Athletic Club dan Luis Díaz yang dilepaskan oleh Liverpool.

Musim lalu, Rashford dipinjamkan ke Aston Villa, namun kelab London itu gagal untuk melunaskan nilai £40 juta (RM223.66 juta) untuk memastikan dia kekal di Villa Park, namun isu kewangan kelab itu menjadi halangan.

Sumber mendedahkan bahawa Rashford sebenarnya telah menyasarkan perpindahan ke Barcelona sejak awal Januari dan kini kelab itu telah mencapai persetujuan awal dengan United bagi perjanjian pinjaman yang disertakan pilihan untuk membeli secara kekal.

Rashford yang kini meraih gaji sekitar £325,000 (RM1.77 juta) seminggu dan masih berbaki tiga tahun dalam kontraknya bersama United, telah meledak 138 gol dalam 426 penampilan sejak debut profesionalnya pada Februari 2016.

Sepanjang bersama United, Rashford membantu kelab itu menjulang trofi Liga Europa, dua Piala FA serta Piala Carabao. Namun, kali terakhir diturunkan adalah ketika aksi Liga Europa menentang Viktoria Plzen pada Disember tahun lalu.

Amorim kemudian menggugurkan pemain itu dalam aksi Liga Perdana Inggerus menentang Manchester City yang menyaksikan United menang 2-1 dan sejak itu Rashford tidak lagi diletakkan dalam kesebelasan utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN