fbpx
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 menggegarkan kawasan luar pesisir timur Russia semalam. - Datawrapper

Gempa kuat cetus amaran tsunami 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Gempa bumi kuat menggegarkan kawasan luar pesisir timur Russia semalam sehingga mencetuskan amaran tsunami, demikian menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) seperti laporan portal berita Arab News. 

Bencana itu melanda pada tarikh sama dua gempa bumi dahsyat yang berlaku sebelum ini. 

Gempa pertama bermagnitud 5.0 dan 6.7 tidak mencetuskan amaran tsunami, namun gempa ketiga yang lebih kuat dengan magnitud 7.4 berlaku pukul 8.48 malam (waktu tempatan). 

Gegaran itu mendorong USGS mengeluarkan amaran gelombang tsunami berbahaya berkemungkinan berlaku. 

Amaran tersebut melibatkan kawasan pantai dalam radius 300 kilometer dari pusat gempa di Lautan Pasifik dekat bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, wilayah Kamchatka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI