fbpx
Sushmita dan Rahul kini ditahan. - India Today

Demi cinta pada adik ipar, wanita renjat suami sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang wanita di Dwarka, Delhi ditahan selepas didakwa membunuh suaminya dengan cara mengenakan renjatan elektrik yang dibantu oleh kekasih gelapnya iaitu adik iparnya sendiri, lapor laman berita India Today semalam.

Sushmita Dev, 35 dan Rahul Dev, 24, dikatakan merancang komplot untuk membunuh Karan Dev, 36 pada 13 Julai lalu.

Mangsa pada awalnya dibawa ke hospital oleh isterinya yang mendakwa bahawa lelaki itu pengsan akibat terkena renjatan elektrik.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sebelum polis mengesyaki bahawa ia adalah perbuatan jenayah.

Hasil siasatan berjaya menemui perbualan pada aplikasi pesanan ringkas antara Sushmita dengan Rahul mengenai rancangan mereka untuk membunuh suspek.

Dalam perbualan itu, Rahul memberi arahan kepada Sushmita tentang apa yang perlu dilakukan dan memintanya memberi lebih banyak ubat tidur untuk membunuh mangsa.

Rahul juga memberi arahan kepada Sushmita untuk mengenakan renjatan elektrik kepada mangsa selepas wanita itu mengadu bahawa ubat tidur tidak mampu membunuh suaminya.

Siasatan mendedahkan bahawa Sushmita dan Rahul telah menjalin hubungan sejak dua tahun lalu.

Menurut ahli keluarga mangsa, motif pembunuhan itu dipercayai supaya pasangan tersebut dapat hidup bersama dan mengaut harta Karan.

Polis menahan kedua-dua suspek, manakala Sushmita mengaku membunuh mangsa. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN