fbpx
Gambar hiasan

Alor Gajah, Seremban catat IPU tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak enam negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 4 petang tadi susulan keadaan berjerebu yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung.

Berdasarkan data semasa di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 157 diikuti Seremban, Negeri Sembilan (155) dan Kemaman, Terengganu (153).

Dua kawasan di Selangor turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Johan Setia (152) dan Banting (135).

Sementara itu, Temerloh dan Balok Baru di Kuantan, Pahang masing-masing mencatatkan bacaan IPU 152.

Bagi Negeri Sembilan, bacaan IPU di Nilai menunjukkan penurunan kepada 138 selepas mencatatkan bacaan tertinggi sebelum ini manakala Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan 132.

Sementara itu, sebanyak 54 kawasan lain berada pada tahap kualiti udara sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.

Antara kawasan tersebut ialah Bukit Rambai, Melaka (96), Petaling Jaya, Selangor (79), Segamat, Johor (81), Rompin, Pahang (70) dan Seri Manjung, Perak (79).

Dalam pada itu, hanya empat lokasi direkodkan pada tahap IPU baik iaitu Alor Setar, Kedah (48), Kapit, Sarawak (43), Kangar, Perlis (25) dan Langkawi, Kedah (25). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN