HANOI – Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban, manakala tujuh lagi masih hilang selepas bot dinaiki mereka karam semasa ribut petir di Vietnam, lapor akhbar The Guardian semalam.
Bot Wonder Sea membawa 48 penumpang dan lima kru di destinasi pelancongan popular, Teluk Ha Long.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 12 orang dan menemui 37 mayat berhampiran lokasi kejadian, demikian menurut akhbar VNExpress.
Lima individu lagi masih hilang.
Bot itu karam sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) ketika Ribut Tropika Wipha menghampiri Vietnam selepas melintasi Laut China Selatan, lapor akhbar Bangkok Post.
Antara mangsa terselamat merupakan seorang remaja berumur 14 tahun yang dikeluarkan selepas terperangkap di dalam bot terbalik selama empat jam.
Kebanyakan penumpang adalah pelancong dari Hanoi termasuk 20 kanak-kanak. – AGENSI