fbpx

Jumpa tedung gergasi semasa potong rumput 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUPAT Eadchata berjaya menangkap seekor ular tedung sepanjang 5 meter. - Foto Pattaya Mail

BANGKOK – Dua lelaki di wilayah Trang, selatan Thailand mendapat kejutan apabila menemui  seekor ular tedung gergasi semasa memotong rumput di sebuah ladang kelapa sawit, lapor portal berita Pattaya Mail semalam.

Pasakorn Keerirak, 26, dan Phanuwat Muangsut, 21, bekerja memotong rumput di Moo 6, Mukim Thung Krabue, daerah Yan Ta Khao ketika kejadian, baru-baru ini. 

Anggota-anggota penyelamat  yang tiba di lokasi kejadian kemudian mendapati  ular yang sebelum itu disangka kecil sebenarnya sangat besar.

Terdahulu, pengendali ular veteran, Supat Eadchata dari Yayasan Penyelamat Sawang Yan Ta Khao pergi ke lokasi kejadian bersama pasukannya selepas menerima aduan kehadiran tedung tersebut. 

Selepas mencari selama sejam di sekitar kawasan  ladang kelapa sawit, mereka menemui dan menangkap reptilia sangat besar itu.

Memiliki panjang 5 meter  dan berat lebih 30 kilogram, ular tedung itu dipercayai terbesar pernah ditangkap di Trang. 

Supat berkata, dia tidak pernah bertemu dengan ular tedung sebesar itu  sepanjang kerjayanya. Dia menggelar ular itu sebagai raksasa sejati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI