fbpx

Graduan PhD kahwin anak ‘sultan’, mas kahwin RM260,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin memegang dulang berisi wang kertas. - Instagram

JAKARTA – Seorang graduan doktor falsafah (PhD) menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan anak ‘sultan’ dan menerima mas kahwin berupa barang perhiasan berjumlah 1 bilion rupiah (RM260,073), lapor portal berita Detik semalam. 

Majlis pernikahan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan pada 12 Julai lalu. 

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @riskiani_ni menunjukkan pasangan pengantin itu berdiri di atas pelamin sebelum melafazkan akad nikah. 

Mas kahwin itu terdiri daripada satu set barangan kemas, wang kertas dan sebuah rumah. 

Rakan pengantin lelaki dikenali sebagai Riska berkata, majlis resepsi akan diadakan di dua bandar berbeza pada September dan Oktober ini. 

“Majlis itu akan dihadiri lebih 60 selebriti tempatan dan tokoh masyarakat,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI