OTTAWA – Seorang remaja lelaki meninggal dunia selepas dirempuh sebuah pesawat ringan yang terhempas di sebuah tasik dalam wilayah Ontario, Kanada, lapor laman berita Yahoo semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 12.25 tengah hari (waktu tempatan) di Tasik Scugog, kira-kira 93 kilometer ke timur laut bandar raya Toronto.
Gambar dari tempat kejadian menunjukkan pesawat apung berwarna kuning itu terbalik dan menindih sebuah bot.
Polis tempatan berkata, juruterbang dan penumpangnya hanya cedera ringan.
“Juruterbang pesawat terbabit dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut,” tambah polis.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada (TSB) giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas. – AGENSI