fbpx

Lelaki maut, pacuan empat roda jatuh gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan mangsa dijumpai terbabas ke dalam gaung berkedalaman kira-kira 50 meter dari paras jalan.

BELAGA – Seorang pekerja sebuah syarikat di Kem Nibong di sini yang dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas ke dalam gaung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Himang Lisang, 49, dijumpai oleh pihak syarikat yang membuat pencarian di lokasi terletak kira-kira lima kilometer sebelum Kem Nibong pada pukul 9.30 pagi, semalam.

“Kenderaan yang dipandu mangsa dijumpai terjatuh ke dalam gaung dengan kedalaman kira-kira 50 meter dari paras jalan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar dengan memandu kenderaan jenis Toyota Land Cruiser kira-kira pukul 4.30 petang, 15 Julai lalu untuk membeli barang dan bekalan makanan di kawasan Anding. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI