fbpx

Kejutan buat rakyat bakal diumum minggu depan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dijangka mengumumkan satu kejutan buat rakyat Malaysia pada minggu hadapan.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan penghargaan buat rakyat Malaysia pada minggu depan.

Beliau berkata, buat masa ini Kementerian Kewangan sedang memperhalusi sekali gus memantapkan perkara yang bakal diumumkan itu bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

“Saya akan cari jalan, sekarang setiap minggu pasukan Kementerian Kewangan sedang cari apa yang boleh diumumkan oleh PM dalam masa singkat.

“Saya dah beritahu saya akan buat pengumuman mesti besar sikit untuk tangani masalah yang dihadapi, siap sahaja (kejutan) itu, kalau tak (umum) Isnin…Selasa. Bagi masa dua tiga hari, bagi mantap dulu nanti saya umumlah. Doa bagi yang elok-elok, Insya Allah,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar, Kampus UiTM Permatang Pauh di sini, hari ini.

Sebelum ini, rakyat jelata dikatakan ‘tidak tidur lena’ sejak Isnin lalu, gara-gara hantaran dimuat naik Anwar bersama barisan kementerian di bawah Kerajaan Madani

Poster misteri yang bertulis “Akan datang…suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia” telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan harapan di kalangan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI