fbpx

Dua beradik selamat, rumah atas air runtuh ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah atas air yang runtuh di Kampung Seberang Masjid Lama, Awat-Awat, Lawas pagi tadi.

LAWAS – Dua beradik selamat dalam kejadian rumah atas air yang runtuh di Kampung Seberang Masjid Lama, Awat-Awat di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 10.02 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi yang terletak sejauh 39 kilometer dari balai.

“Dua beradik lelaki yang berada di dalam rumah tersebut berjaya keluar sendiri dari rumah sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang berusia 12 dan 18 tahun sedang tidur manakala penghuni lain rumah berkenaan tiada di rumah.

Susulan itu, katanya pasukan bomba hanya memeriksa dan memberi rawatan awal kepada kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI