fbpx

Tekad pulihkan reputasi arena olahraga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANSHAHAR mempunyai pengalaman luas yang mampu membantu meningkatkan reputasi skuad olahraga negara.

JURULATIH berpengalaman negara, Manshahar Abdul Jalil berharap barisan kejurulatihan yang akan bersamanya dapat memberikan komitmen penuh dalam usaha mengembalikan kegemilangan skuad olahraga negara di pentas Sukan SEA Thailand 2025.

Manshahar yang kembali menyertai Olahraga Malaysia (MA) sebagai ketua jurulatih mengakui tempoh persiapan menjelang temasya itu agak singkat, apatah lagi pencabar utama seperti Thailand dan Vietnam terus menampilkan peningkatan konsisten.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil termasuk mengatur pertemuan bersama jurulatih dan atlet secepat mungkin bagi mendapatkan gambaran penuh serta membentuk pelan strategik yang lebih realistik.

“Perkara pertama saya perlu lakukan adalah berjumpa dengan barisan jurulatih dan juga atlet bagi mendapatkan maklum balas awal mengenai tahap persiapan semasa.

“Tempoh yang ada memang sangat singkat, jadi perancangan perlu dibuat secara teliti dan tepat. Kita perlu bekerja secara bijak dan berusaha keras untuk memastikan sasaran yang bakal ditetapkan nanti dapat dicapai.

“Selepas mendapat maklum balas, saya akan bersama enam jurulatih yang dilantik ini untuk merangka pelan strategik yang lebih terarah menuju Sukan SEA 2025 di Thailand,” katanya.

Dalam masa sama, Manshahar memberi bayangan tiada tiket automatik akan diberikan kepada mana-mana atlet kerana pemilihan akhir ke Sukan SEA 2025 dijadualkan 9 hingga 20 Disember depan, bergantung sepenuhnya kepada prestasi semasa

“Atlet yang akan ke Sukan SEA perlu menunjukan prestasi terbaik mereka termasuk catatan masa terbaik. Terbuka Malaysia di Perlis bulan depan menjadi medan terakhir buat atlet olahraga untuk meraih tiket ke Sukan SEA Thailand 2025 hujung tahun ini,” katanya.

Manshahar bukanlah nama baharu dalam arena kejurulatihan negara apabila pernah memikul tanggungjawab sama sebagai ketua jurulatih olahraga selama tiga tahun setengah sebelum kontraknya tidak disambung selepas tamat pada Disember 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI