fbpx

‘Tak terdesak, ada yang nak sewa badan saya RM1,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK Dharma, Syafiq mengakui ada pihak menghulurkan tawaran pelik mahu menyewa tubuhnya dengan harga RM1,000.

PETALING JAYA – Anak lelaki pelakon Dharma Harun, Muhammad Al Syafiq mendedahkan pernah ditawarkan untuk melakukan pekerjaan tidak senonoh oleh segelintir pihak atas niat mahu membantunya daripada aspek kewangan.

Syafiq, 36, yang juga seorang pelakon berkata, antara tawaran disifatkan aneh apabila ada pihak yang sanggup melabur ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan tubuh badannya.

“Tawaran pelik banyak, salah satunya ada individu yang mahu menyewa badan saya dengan harga RM1,000.

“Perkara itu saya terima menerusi mesej dalam Instagram.

“Mungkin dia berminat nak sewa badan sebab saya juga merupakan model sambilan dan dalam akaun media sosial saya pastinya ada gambar memaparkan tubuh badan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan filem Felai X di sini, semalam.

Syafiq juga menegaskan dia tidak akan sesekali tunduk dengan bayaran lumayan sehingga sanggup mengenepikan soal maruah dan agama.

“Nauzubillah.

“Saya tak terdesak sehingga tahap begitu dan tidak akan sesekali terima sebab masih waras memikirkan soal dosa,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya tidak melakukan sebarang usaha untuk membantu keluarganya dari segi pendapatan.

Jelas Syafiq, pelbagai kerja dilakukan termasuk sebagai pelakon dan barista namum menolak untuk melakukan sebarang aksi untuk konten dalam media sosial.

“Kalau nak suruh saya berjoget depan kamera untuk konten media sosial, tidak akan berlaku sebab saya bukan jenis begitu.

“Buat masa sekarang, saya bekerja pada waktu malam sebagai barista. Lakonan pula bila ada tawaran, saya terima sahaja, kalau boleh nak teruskan legasi ayah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Syafiq pernah dikecam kerana dikatakan tidak membantu keluarganya dari segi pendapatan terutama sejak Dharma mengalami depresi sehingga jatuh sakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI